Saturday, April 20, 2013

Tahfiz di Kedah

1. pertama saya perlulah mengaku yg saya bukan dan tidak pernah menjadi pelajar tahfiz walaupun kita tahu di kedah ada banyak pusat tahfiz.

2. saya cuma berkesempatan belajar di SUR (sekolah ugama rakyat) tiap2 petang lepas habis sekolah akademik.

3. beberapa kali masa makan2 di sini (Shah Alam dan sekitarnya) akan ada peminta sedekah dan jual produk tertentu untuk dapat wang biaya tahfiz.

4. syukur,setakat ini saya masih mampu memberi tanpa banyak soal kpd mereka ni yg rata adalah budak2 kecil.

5. cuma yg tak seronoknya sikit bila diberitahu mereka dari kedah.saya pernah juga disapa mereka ni yg selalu bergerak berseorangan kadang2 di stesen pam minyak.

6. saya buka saja disapa tetapi yang mendekati itu ada yg budak perempuan.kita tengok mereka ini masih budak2 dan saya terpikir kalau ada yang cuba ambil kesempatan pada mereka.

7. pengajian pondok dan tahfiz di kedah sangat sinonim.kalau ikut sejarah ramai ulama2 dari nusantara contohnya aceh dan banjarmasin datang ke kedah untuk buka pondok dan madrasah.

8. kedah sebagai contoh sangat terkenal dengan maktab mahmud. dikawasan2 sekitar alor setar,yan,pendang antara yg banyak sekolah tahfiz dan pondok.

9. kenapa sampai ada budak2 kecil meminta sedekah dan sumbangan di lembah kelang? kalau dulu2 sekolah2 tahfiz dan pondok di kedah dibiaya oleh dermawan2.sudah hilangkah dermawan2?

10. ada kawan saya yang mencebik dengan orang2 mintak sedekah ni.dipusing cerita bukan mereka mengeji budak2 minta sedekah ni tapi orang yang 'memperalat' mereka.

11. saya kurang setuju.mereka bukan 'memperalat'.tapi tak cukup dana untuk operasi tahfiz,mereka kena inisiatif sesuatu.apa hendak buat sudah hilang dermawan2 dan kenalah minta sedekah untuk teruskan.

12. sedekah kita untuk orang yg belajar quran kita kena tolong.

13. untuk operasi mana2 sekolah pun termasuk tahfiz perlu belanja yg cukup untuk jalankan.

14. saya dengar kerajaan negeri yg dulu tak bantu secukupnya pusat2 tahfiz dan pondok ni.tapi dalam bab agama ni sampai bila hendak harap kerajaan saja.orang ramai dan masyarakat kena jadi dermawan dengan cara hulur terus pada pusat2 tahfiz.

15. jgn pula kita hina guru2 dan pentadbir sekolah tahfiz ni.mereka terutamanya yang guru2 ni kita panggil ulama.mereka ini 'bekerja dengan senyap' iaitu lebih banyak masa merenung dan berfikir sebelum dapat sampaikan ilmu pada anak2 murid mereka.

16. sebagaimana banyaknya dermawan2 dulu beri sumbangan pada pusat2 tahfiz ni,sama2lah kita bercita2 mengumpul wang dan dapat jadi dermawan untuk bantu mereka ni meneruskan pusat tahfiz mereka.peminta2 sedekah tahfiz ini jangan lah kita herdik.

No comments: