Thursday, April 18, 2013

Menipu

1. setiap orang pasti ada pengalaman menipu.

2. rasa hendak menipu ini susah hendak bendung.mungkin sampai penghujung hayat kita.

3. kita boleh bahagikan menipu pada beberapa jenis.ada yang menipu kerana nak untung.

4. ada yang menipu kerana nak elak fitnah/huru-hara/.ada juga kerana serba salah untuk bercakap benar.

5. ada yang menipu kerana hendak menjaga hati dan ada yang menipu kerana 'cover' kawan2.

6. adakah salah menipu?

7. pasti dalam agama melarang kita menipu.pepatah melayu kata 'siakap senohong gelama ikan duri,cakap bohong lama2 mencuri'.

8. yang menipu akan ada dua jenis perasaan.satu seronok dan satu akan rasa kesal dihati.

9. lebh2 lagi ada orang yang menipu tapi orang boleh 'detect'.sebab dia tahu kita menipu dan ternampak di muka.

10. walau apa alasan akhirnya mungkin akan bergantung pada niat kita menipu.menipu untuk keuntungan dan tersenyum atas kesusahan orang lain mungkin adalah yang terburuk.

No comments: