Ditulis sempena PRU-13 dan kegunaan sepanjang masa.
1. agama islam adalah agama yg sah disisi allah swt.
2. melayu adalah salah satu bangsa dicipta allah swt.
3. dua subjek ini selalunya digunakan dalam huraian debat dan polemik sesama dua kumpulan yg pro-agama dan pro-bangsa.
4. kita mengakui negara kita ditadbir oleh sebuah parti yg pro-bangsa.
5. ada juga pertubuhan2 yang pro-bangsa dan ada juga yg pro-agama.
6. bukan saja pertubuhan,malahan individu akan dakwa dirinya sama ada pro-bangsa atau pro-agama.
7. yg jadi dilema adalah apabila ada dakwaan kita mesti pro-agama dan menghilangkan identiti bangsa.
8. alasannya bangsa tidak akan membawa kita kemana-mana dan bangsa tidak akan jamin kita di akhirat.
9. hujah2 ini sebahagian kecil tapi itu mungkin yg paling popular.
10. walaupun kita tahu pentadbir kita yg pro-bangsa tidak pernah mengabaikan hak2 agama seperti bina masjid2,sekolah2 agama,maahad tahfiz,universiti islam,bank islam,halal,dan kewangan islam.
11. keadaan ini juga akan terkena tempiasnya kpd pertubuhan2 yg pro-bangsa.
12. saya akan fokus pada pro-bangsa sbg hujah kpd yg pro-agama.
13. pertama, adakah memperjuangkan bangsa adalah salah dalam islam? tidak ada larangan dalam agama dan hadis nabi melarang kita memperjuangkan bangsa. yg dilarang nabi adalah berpuak2 dalam bahasa arab dipanggil asabiah.satu kumpulan yg didalamnya adalah berpecah2 kumpulan lazimnya krn ketaksuban kpd individu2 tertentu dan meyebabkan perpecahan.memperjuangkan bangsa bukan asabiah.
14. kedua,hujah hanya agama semata2 dapat menjamin kemuliaan bangsa. ini tidak betul.jika sekiranya agama semata2 dititik berat tanpa keinginan untuk menguatkan bangsa,kenapa orang melayu sbg contoh dianiaya dan dipermain beratus tahun.jika hanyalah semata2 agama, kenapa sehingga sekarang bumi arab senang dan mudah untuk dipermainkan barat.mereka (baca: bangsa dan agama lain) tidak mahu tanya pun apa agama kita.yg mereka tahu bangsa kita lemah dan mereka dengan sesuka hati boleh memijak dan menendang kita.sebabnya,bangsa tidak jelas ada pesanan dari allah swt untuk kita memperkuatan apa yg kita ada untuk mempertahankan diri.
15. ketiga,memperjuangkan bangsa tidak boleh mengenepikan agama.jika perjuangan bangsa ditonjolkan,bukan bermaksud agama dikesampingkan.masalah kita adalah jika kita beragama,kita diajar 'mewajibkan' untuk menampilkan ciri2 yg kita dakwa agama.agama bukan turun untuk kita tampilkan dan menunjuk2 kita lebih islam dan tawaduk.ciri ini tidak diambil peduli oleh bangsa lain yg mahu menindas kita.
16. keempat,orang yg pro-agama cenderung untuk berkata memperjuangkan bangsa tidak perlu.mereka kata agama sudah memadai.seperti hujah yg kedua,org2 lain tidak akan bertanya apa agama kita,yg mereka tahu jika bangsa kita lemah,maka kita akan ditindas.jelas golongan sebegini kabur dalam erti ajaran agama yg sebenarnya supaya ummah jadi kuat dan disegani.
17. kelima,tidak salah jika yg pro-agama meletakkan agama sbg prioriti,tp jangan samapai kita mengesampingkan dan menidakkan terus kelangsungan bangsa.masalah yg pro-agama ini mereka nafikan hak2 bangsa shg dgn dakwaan salah dan berdosa.meletakkan agama sbg prioriti tidak salah,tp yg jadi salah apabila ingin padam identiti bangsa.
18. keenam,apabila bangsa kuat,agama dapat dijalan dgn aman dan syiar akan terlangsung.ini sangat jelas apabila bangsa arab pada kurun2 lps khalifah arrasyidin menjadi kuat dan teguh,perkembangan agama menjadi kuat dan segar.agama islam secara otomatik dihormati dan walaupun ada cubaan dengki untuk menyerang agama (silap2 sebelum pergi serang sudah kena serang dulu),tetapi krn bangsa kuat dengan kelengkapan dan kekayaannya,agama jadi terpelihara.kini,org islam nak serang org kafir pun sudah tidak mampu.
19. ketujuh,perluaskan ilmu. agama tidak pernah larang untuk kita belajar ilmu2 lain.ilmu2 berkaitan akidah khususnya mesti mantap.selebihnya adalah ilmu2 utk kelangsungan hidup bermasyarakat dan bernegara yg dipanggil fardu kifayah.fardu kifayah yg kuat menjamin kesejahteraan fardu ain.oleh sebab itu,dimana negara kita yg terpeliharanya agama,penubuhan sekolah2 dan universiti2 untuk ajar tentang ilmu dunia tidak diketepikan.ini semua bagi menjamin keperluan dan kekuatan bangsa.bangsa yang teguh menjamin keutuhan beragama.
20. kesimpulannya kedua2nya tidak boleh dikesampingkan atr satu sama lain.bg yg pro-bangsa tidaklah boleh mengesampingkan agama.bg yg pro-agama, jgnlah pula menfikan keperluan kekuatan bangsa.kedua2nya perlu seiring.kita mestilah bijak di waktu dan ditempat mana bangsa mesti ditonjolkan.dimana dan diwaktu mana agama mesti ditonjolkan.dimana dan diwaktu mana kedua2nya mesti ditonjolkan.dan dimana dan diwaktu mana kedua2nya tidak ditonjolkan atas keperluan2 tertentu.asalkan penonjolan kita yang salah satu tidak menafikan yang lagi satu.atas sebab itu, kewujudan kumpulan2 yg pro-bangsa adalah bagi memastikan kelangsungan bangsa terpelihara sekaligus memelihara kesejahteraan agama.
Tuesday, April 23, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment