Saturday, August 27, 2011

Mat Sabu dan Komunis



1.Jika ditanya kepada generasi baharu sekarang ini, tiada sesiapun ingin hidup pada tahun 1950. Zaman belum merdeka yang belum ada itu dan ini.
2.Siapa yang ingin hidup dalam suasana susah walaupun belum tentu daif lagi.Zaman sekarang pun ada yang hidup macam 1950-an juga.Perlukan perhatian dan pembelaan.
3.Datuk saya masuk polis tahun 1951.Iyalah,ia tahun British.Tapi bukan bermakna mereka nak mempertahankan British walaupun British yang bagi datuk saya makan dulu.
4.Tiada sesiapun pada 1950 yang dapat meneka dengan tepat bila negara ni akan mencapai kemerdekaan.Malah mungkin ada yang berfikir negara ni tak akan merdeka pun.UMNO ditubuh tahun 1946.Masa itu pilihanraya bandaran pun belum mula lagi.Yang ada hanyalah kegagalan Malayan Union.
5.Tahukah Mat Sabu pada 1948 negara ini dipanggil Persekutuan Tanah Melayu? Rejimen Askar Melayu ditubuhkan pada tahun 1942. Polis menyambut ulangtahun ke 204 tahun pada tahun ini.Adakah Mat Sabu faham apa yang nak saya cakapkan ini?
6.Semalam tuan sebut komunis yang serang Bukit Kepong adalah pejuang dan bukan polis dan anggota keluarga yang terkorban mempertahankan balai polis tersebut.Dan tuan cakap ini putar belit sejarah.Dan tuan berjanji akan tulis balik sejarah ini jika pihak tuan dapat tempat di Putrajaya.
7.Saya tak faham atas dasar apa tuan cakap macam tu.Atas muslihat apa yang tuan nak mainkan?Adakah tuan sedar tuan ucapkan kata-kata itu di pentas politik?Parti Islam Se-Tanah Melayu ditubuhkan tahun 1956.
8.Apa tergamaknya tuan cakap komunis itulah pejuang?Adakah yang serang Bukit Kepong itu saudara tuan dan atas sebab itu tuan kata mereka pejuang?Ataupun kerana Mat Indera yang tuan sebut sebagai pejuang itu seorang ahli Parti Islam Se-Tanah Melayu sama dengan tuan sekarang?Parti Islam Se-Tanah Melayu ditubuhkan tahun 1956.Adakah rekayasa Bukit Kepong sekarang ini tidak menguntungkan parti tuan sehingga terjerumus hanya dapat satu kerusi di Pulau Pinang sekarang?
9.Saya tak mempertikaikan niat beberapa orang Melayu yang masuk komunis untuk lawan penjajah British.Tapi tuan,boleh jadi orang tak mempertikaikan niat kita,tapi mempertikaikan cara kita.Sesungguhnya orang Melayu yang masuk komunis telah diperalatkan.Niat Melayu itu mungkin tidak salah tapi yang salah adalah caranya walaupun sembahyang lima waktu dan pakai kepiah di kepala.
10.Pada tahun 1955 Tunku pelawa komunis berdamai dalam Rundingan Baling.Yang Tunku nak,perjuangan senjata itu diletakkan dan komunis kembali sebagai rakyat biasa dan taat kepada negara.Tapi komunis tolak dan kembali ke hutan.
11.Jelaslah yang ditentang itu adalah kerana perjuangan bersenjata.Komunis itu tidak lain hanyalah salah satu dari konsep ekonomi yang diasas Karl Marx.
12.Hakikatnya pada peristiwa Bukit Kepong itu,orang-orang yang tuan sebutkan itulah yang telah menang.Mereka da roboh dan bakar balai polis Bukit Kepong dan bunuh sekalian ‘orang-orang British’.
13.Jadi pejuang bagi tuan telah menang.Parti tuan telah menang.Juga sahabat parti tuan yang mendukung konsep sama rata sama rasa.Itulah konsep komunis tuan.
14.Tuan,saya takkan salahkan tuan kerana cakap-cakap tuan di majlis itu.Sudah pasti ada pengikut-pengikut tuan yang bersetuju dengan apa yang tuan cakap.Saya berbesar hati sekiranya tuan dapat melukiskan balik sejarah itu jika pada satu hari nanti tuan dan kawan-kawan tuan dapat menguasai Putrajaya.
15.Cuma saya ingin bagi tahu tuan yang sejarah lah yang menjawab persoalan-persoalan zaman ini.Jika sejarah yang tercatat itu dapat menjawab soalan kenapa dan bagaimana masih adanya usaha-usaha untuk menghidupkan fahaman itu,itu adalah kerana ia sejarah itu takkan berulang lagi.Ia hanyalah sekadar jawapan kepada segala jawapan yang pahit yang kita rasa sekarang.
27-08-2011

No comments: