1. Disebutkan “suatu perkara yang tidak kurang menariknya dalam perkembangan sejarah Semenanjung Tanah Melayu ialah wujudnya gerakan anti British di negeri-negeri Melayu. Gerakan ini merupakan suatu tentangan terhadap British kerana terutamanya berlaku campurtangan di negeri-negeri Melayu. Apa yang perlu dinyatakan di sini, British sesungguhnya menghadapi beberapa tentangan dari golongan orang Melayu tertentu sebelum menguatkan kekuasaan dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu itu”.
2. Dari sejarah kita lahir dan dari sejarah kita kenal diri sendiri.
3. Bukan lah satu perkara yang baharu bahawa orang-orang Melayu akan menentang mana-mana anasir yang boleh menganggu gugat maruah mereka, ini jelas melalui tentangan-tentangan yang terjadi pada tahun-tahun 1830an hingga 1920an.
4. Seringkali dimomokkan orang-orang Melayu suka beralah, bersikap tolak ansur keterlaluan dan cepat ‘surrender’.
5. Malah seringkali dimomokkan orang-orang Melayu ini mendapat kemerdekaan melalui cara ‘perempuan’ dan tidak ‘jantan’. Ini dapat kita dengar dari saudara-saudara kita di Indonesia.
6. Hakikatnya orang Melayu ini ada semangat menentang. Ini dapat dibukti melalui cerita-cerita pahlawan dari Naning,Perak,Negeri Sembilan,Pahang, Kelantan dan Terengganu.
7. Maka, dari mana datangnya rasa menentang ini jika tidak datang dari rasa maruah diri yang terancam.
8. Pada tahun-tahun sekalian 1830an dan 1920an, kebangkitan yang dipanggil anti-British ini tidak lain hanya ingin menyelamatkan tradisi dan tanah.
9. Kerana tradisi dan tanah ini mahal harganya, datang dari Allah subhanahuwataalla. Jika tradisi datang dari adat-adat orang Melayu, tanah itu datang nya dari pencipta yang Maha Kaya.
10. Maka Melayu itu tradisi dan tanah. Mempertahankan Melayu bermakna mempertahankan tradisi dan tanah.
11. Disebutkan lagi “dengan itu Raja Abdullah, Raja Ismail, Datuk Maharajalela dan Datuk Sagor, setelah bermesyuarat beberapa kali, telah mengambil keputusan akan membunuh J.W.W. Birch”.
12. Apakah rasa membunuh orang Melayu terhadap anasir-anasir luar yang mahu menggugat tradisi dan tanah telah hilang?
13. Sekali lagi disebutkan “tentangan yang wujud di Negeri Sembilan bukan disebabkan berlakunya secara langsung konflik antara nilai-nilai tradisi dengan nilai-nilai baru yang dibawa oleh British kerana British belum bertapak di kawasan Tengku Antah, hanya di Sungai Ujong”.
14. Makna sekalian penentang-penentang ini sedar akan semangat untuk mempertahankan identiti. Tanpa tradisi dan tanah, tidak wujud kuasa.
15. Maka perjuangan Melayu itu tidak sia-sia. Kerana Melayu itu bukan sekadar darah yang mengalir di segenap urat nadi.
16. Kecelaruan kebelakangan ini timbul antara isu Melayu dan Islam. Kedengaran suara-suara terpekik terlolong untuk melenyapkan Melayu dan hanya Islam diangkat. Adakah boleh Islam boleh diangkat tanpa tradisi dan tanah?. Satu persoalan yang menjentik. Kalau boleh bagaimana?
17.Lalu diceritakan “apa yang menarik di Terengganu ini, unsur agama begitu ketara dalam gerakan anti-British. Ajaran agama yang disebarkan menegaskan bahawa sesiapa yang mematuhi peraturan baharu adalah menyebelahi orang-orang kafir. Seterusnya ditegaskan juga bahawa segala peraturan baru yang diperkenalkan itu adalah undang-undang kafir”.
18. Boleh saja Haji Abdul Rahman Limbong terus menerus bertafakur di masjid tanpa perlu mengangkat parang dan senjata kerana apalah tanah jika nak dibandingkan dengan Islam. Haji Abdul Rahman Limbong kemudian dibuang ke Mekah.
19. Apakah Islam menuntut mempertahankan tradisi dan tanah? Ya! Jadi Islam meminta kita mempertahankan Melayu? Tidak! Habis itu, bukankah Melayu itu tradisi dan tanah?
20. Rasa sangat jelik sekali perkelahian yang mencomotkan ini. Mencomotkan Melayu dan Islam!
Rujukan : Sejarah Masyarakat Melayu Moden/Penerbit Universiti Malaya-1985/
No comments:
Post a Comment