1. Pilih tempat jauh-jauh. Lagi jauh lagi bermakna. Lagi ‘manyak’ duit akan dipakai.
2. Sediakan wang sebanyak RM2000. Untuk merancakkan suasana, sewa kereta Gemilang 30.
3. Mesti paling kurang bawak 6 orang satu kereta. Kereta Waja adalah yang paling sesuai. Dua duduk depan, empat duduk di belakang.
4. Bergeraklah pada waktu malam hari ketika mata kelam-kelam asap. Disyorkan pada pukul 3 pagi.
5. Semasa dalam pemanduan, digalakkan bersembang beramai-ramai untuk mengelak mengantuk. Jangan lupa untuk membincangkan soalan-soalan untuk ‘interviewee’.
6. Menjelang pukul 6 pagi, anda akan sampai ke destinasi. Disyorkan di Kuala Lumpur sebab banyak ‘company’. Sabar semasa memilih laluan kerana Kuala Lumpur memang serabut tak macam Junjong.
7. Pilihlah kawasan untuk berehat untuk beriap – siap. Bagi yang belum bersolat, ambillah kesempatan mendirikan solat Subuh dan berdoa segalanya berjalan lancar. Bagi driver, tidur sekadar sesedap mata di ranjang. Minum minuman berkhasiat dan nasi lemak penambah tenaga. Disyorkan berehat di rumah emak saudara anggota kumpulan.
8. Sudah bersiap, cepat – cepat bergegas kerana kita mengejar masa. Jika emak saudara anda di deretan flet Bandar Sri Permaisuri, sabar sebab ada risiko ‘cium’ kereta lain.
9. Memandulah dengan sabar. Jika destinasi anda ke Putrajaya, pandulah seberapa cermat yang boleh.
10. Pilih company yang ada kaitan. Bagi pelajar DBS, digalakkan ke Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi. Ini pun dikira company mengikut subjek yang berkaitan Public Relations.
11. Sesampai di sana, jangan tahan rakan anda yang nak membuang air. Biarkan beliau berlari – lari anak merentasi kereta yang lalu lalang dan terus masuk kedalam pejabat kementerian untuk mencari tandas. Bagi yang lain, tunggu sambil mengambil gambar – gambar ‘bukti’.
12. Bila semua dah ada, masuk kedalam kementerian dan berjumpa security. Ambil pas kebenaran dan terus ke pejabat perhubungan awam. Hubungi ketuanya dan bertanya bila akan ditemuramah. Jika beliau terlambat sejam, tunggulah di mana – mana. Disyorkan tidur di ruang yang ada. Jangan ambil peduli pegawai – pegawai yang lalu lalang.
13. Bila dia sudah sampai, mulakan temuramah. Ambil masa lebih kurang 45 minit untuk bertanya pelbagai soalan. Gunakan nada tegas dan mendesak untuk mengorek maklumat. Disebabkan ini kementerian, adalah mustahil aktivitinya hendak disamakan dengan company swasta. Jika dia bagi buku laporan ambil saja. Begitu juga pamplet untuk membantu menyiapkan projek.
14. Bila sudah habis, undurlah dengan hormat walaupun tak berapa nak puas hati sebab maklumat macam sangkut – sangkut. Makanlah tengah hari dahulu untuk menenangkan suasana. Hembuslah nafas kelegaan sekuat – kuatnya.
15. Jika pada hari itu hari Jumaat, bersembahyanglah kepada siapa yang nak pergi sembahyang. Disyorkan Masjid Putra yang sesak itu.
16. Jika anda rasa anda patut pulang awal, dicadang seorang tidak menaiki kereta untuk pulang ke Merbok. Dicadangkan beli tiket keretapi ke Butterworth.
17. Untuk yang lain, teruskan perjalanan. Bersiar – siar sekejap di kota. Jika anda ingin pulang ke rumah anda yang mungkin berdekatan seperti Shah Alam, dialu – alukan.
18. Kepada yang naik kereta, teruskan perjalanan pulang. Jika kereta anda bermasalah di Perak, disyorkan patah balik ke Jalan Duta untuk menaiki bas.
19. Apabila semua dah ada di kampus, mulakan menyiapkan projek. Laporan memakan masa 3 hari 3 malam. Berusaha bersungguh – sungguh menggunakan apa – apa yang ada.
20. Tiba pada hari presentation, mulakan dengan tenang dan tabah. Beri laporan dengan perasaaan penuh debar.
21. Dalam tempoh beberapa minggu, laporan akan dipulangkan dan markah diberi. Jika anda mendapat 3.4 daripada 10, berikan tepukan gemuruh kepada sesama anggota. Ucap tahniah yang tidak berbelah bahagi kepada driver yang tidak mengenal penat, dan anggota – anggota lain yang tidak kedekut duit. Bersoraklah jika markah itu adalah yang terendah, cium pensyarah kalo berani.
22. Mengikut perkiraan, anda boleh mendapatkan 3.4 dengan RM2000, RM4000 anda akan mendapat 6.8 dan RM5000 anda dapat 8.5.
23. Tetapi untuk lebih efisien dan jimat, lebih baik anda ‘copy paste’ sahaja dari internet untuk mendapatkan markah 5,6 dan keatas. Ini dibuktikan dari markah grup – grup yang lain. Tapi anda takkan dapat la 3.4. Rugilah macam tu.
24. Sekian saja, harap anda seronok.
3 comments:
awat ni di?
salam di
sebauh satira yang menarik..
aku ada buat guide mcm format ang,so rajin2la tgk k.hehe
matpek:aku dah wat ni lama matpek..wlaopun nampak mcm mghina seseorang,tapi aku buat ni kerana aku dan sahabat2 lain rasa terhina..aku dah delete posting ni dulu,tp bila aku tgk ada draft lagi,jd aku publish sbg kenang2 kenangan saja..
wan:oh,yaka..aku asa cam penah baca..hehe
Post a Comment