Thursday, November 26, 2009

Korban dan Kemuliaan

1. esok umat islam akn sambut hari raya korban ataupun hari raya aidiladha

2. hari raya korban maksudnya satu ibadah untuk mengenang nabi ibrahim yang menyembelih anaknya nabi ismail.kesanggupan nabi ibrahim menyebabkan Allah taala menggantinya dengan kibas

3. apakah maknanya hari raya korban pada orang ramai? saya pasti,hadis2 nabi saw mungkin dapat memberikan makna pengertian yang tepat tentang ibadat korban

4. apakah yang kita dapat dari kisah nabi ibrahim? pengorbanan seseorang untuk melaksanakan syariat Allah yang berat? atau adakah ada makna yang lain?

5. wahyu Allah sangat berat di tanggung.diceritakan dalam al-Quran betapa punah ranahlah gunung ganang dan bukit2 apabila wahyu Allah dilalukan kepada mereka.saya pernah dengar hadis nabi apabila unta terduduk apabila nabi menerima wahyu dari Allah swt

6. sukar saya nak mengertikan pengertian hari raya korban melainkan pada satu hari,menemukan saya dengan satu cerita nabi Adam

7. mungkin ia tidak ada maksud hari raya korban,tapi ceritanya sangat sinonim sekali

8. apabila Allah taala memerintahkan dua anak nabi Adam untuk menyerahkan korban ternakan masing-masing.satu yang baik korbannya dan yang lagi satu buruk korbannya

9. betapa yang diterima korban itu adalah anak Adam yang mempersembahkan korban yang terbaik.tak dijelaskan dalam al-Quran apa detailnya korban yang baik.tapi dari segi logik,boleh jadi korban yang paling sihat,mungkin paling gemuk dan mungkin paling cantik

10. maka saya mengantalogi begini.seorang gembala ingin melakukan ibadah korban.maka gembala itu perlu membuat pilihan dari sebanyak-banyaknya ternakan lembunya.maka dia memilih lembu yang paling sihat dan paling gemuk untuk dikorbankan.maknanya lembu yang terbaik

11. apabila danging2 korban diagih2,maka orang yang berkorban telah melaksanakan kebajikan pada dirinya.sudah pasti besar ganjaran kebajikan disisi Allah

12. dan sudah pasti,bukan fizikal daging dan darah yang diminta Allah taala,tetapi amalan yang ikhlas yang dituntut.mungkn juga ibadah korban menunjukkan rasa takut hambanya kepada Allah taala

13. hari raya adalah hari perayaan dan perhimpunan.hari kebesaran dan boleh jadi hari untuk memuliakan diri

14. kepada yang menunaikan haji,mungkin perasaan melakukan ibadah korban lebih terasa kesannya.tapi,seperti diberitahu,Allah taala melihat amalan yang ikhlas tanpa mengira tempat

15. saya tak dapat nak 'relate' ibadah korban dan belajar,tetapi saya harap dapat menulis berkenaan pengorbanan pelajar dan insan

16. masa di peringakat pengajian,kita mengorbankan masa untuk menelaaah.ia bukan opsyen.ia mesti dibuat oleh semua yang bergelar pelajar

17. begitu juga dengan insan.orang yang bermata duitan,kaki perempuan dan material takkan boleh berkorban.

18. betapa selalu sangat kita mendengar supaya orang2 miskin dan orang2 di pedalaman sesebuah negeri untuk 'berkorban'.maknanya menerima segalanya dengan memaksa supaya lapang dada

19. begitu juga dengan graduate2 kita.orang yang ambil peduli,sudah pasti tahu betapa ramainya cerdik2 pandai negara yang sedang mengaji di luar negara yang tak mahu pulang sebab sudah jadi mata duitan dan kaki perempuan

20. kepada kawan2 yang sedang mengaji di luar negara,anda wajib pulang.pulang untuk berkorban kepada rakyat marhaen yang mungkin tiada kelayakan setaraf anda semua

21. selamat hari raya

No comments: