1. kementerian pengajian tinggi (KPT) telah menolak cadangan kementerian belia dan sukan (KBS) supaya sebuah universiti sukan ditubuhkan
2. semoga hasrat KBS tidak luntur dan cita-cita untuk menubuhkan universiti sukan jangan dibatalkan
3. mungkin KPT ada alasan munasabah.mungkin kerana tiada keperluan,ataupun mungkin kerana dasar kementerian ataupun mungkin kerana perlu mengikut belanjawan dalam rancangan malaysia (RMK)
4. tidak berniat mengkritik KPT, rancangan KPT untuk mengkhususkan program khas sukan - satu IPTA satu sukan - bukanlah tidak baik,tetapi kurang hebat namanya berbanding dengan penubuhan sebuah universiti sukan
5. penubuhan universiti sukan mampu memupuk kanak-kanak dan remaja sukakan sukan
6. lebih dari itu, ia akan menamatkan persepsi negatif 'akademik lebih penting dari sukan'
7. persepsi sebegitulah menyebabkan ibu bapa memaksa anak menumpu kan perhatian pada akademik dan mengabaikan bakat sukan
8. betul,akademik lebih penting dari sukan.tapi kita kena terima hakikat ada orang yang ada bakat sukan dan kurang bakat dalam akademik.walaupun pencapaian akademik tidak seberapa,apa bezanya orang yang bijak tapi tidak ada bakat sukan?
9. kerajaan kena iktiraf orang sebegitu, para kanak-kanak dan remaja yang gilakan sukan dengan menubuhkan sebuah universiti sukan
10. kalau KPT tak nak bina juga, KBS mungkin boleh buat sendiri macam kementerian pertahanan yang ada universiti sendiri
Wednesday, December 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment