Friday, September 4, 2009

Secebis Kehidupan



1. saya masih ingat,semasa di sekolah,kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan

2. ada kumpulan miskin,kumpulan sederhana dan kumpulan kaya.pecahan ini tidak rasmi

3. pecahan ini seakan ada boundry apabila wujud beberapa skim membantu pelajar

4. saya adalah kumpulan sederhana.berpendapatan sederhana

5. walaupun saya berada dalam kumpulan ini,saya sengkek di sekolah.seringkali,perut yang kosong terpaksa saya penuhkan dengan air watercooler

6. kawan-kawan saya dari kumpulan miskin berasal dari beberapa buah negeri.ada dari negeri kedah,kelantan,terengganu dan selangor

7. kawan-kawan saya ini mendapat biasiswa.biasiswa yang tetap adalah biasiswa kecil persekutuan

8. tetapi yang lebih mewah,mereka juga dapat biasiswa projek khas dan biasiswa kerajaan negeri.keluarga mereka tidak perlu mengeluarkan wang yang besar.malah ada yang mengakui kepada saya keluarga mereka tidak mengeluarkan sesen pun untuk menanggung mereka.di sekolah,saya anggap mereka orang kaya

9. dapat bersekolah di sekolah berasrama penuh bukan mudah - bagi saya.bapa saya terpaksa berhempulas menyekolahkan saya.mengeluarkan duit yang banyak untuk baju,kasut,barang-barang yang diwajibkan oleh pihak sekolah dan yuran yang sayu saya melihatnya.bapa saya hanyalah anggota polis berpangkat rendah

10. saya juga jarang-jarang balik rumah sebab kejauhan.pernah sekali saya balik,emak saya berkata,"hang tengok bapak hang tu..," sambil tangannya menunjuk ke arah ayah yang sedang berjalan longlai. "pak hang bukan ada duit tu...,"

11. yang buat saya marah semasa di sekolah,saya dipaksa membuat rayuan bagi pinjaman buku teks.saya rasa hendak tumbuk cikgu yang mengendalikan urusan buku teks itu

12. walaupun saya kumpulan sederhana,tetapi hakikatnya saya tidak ada duit semasa di sana.maka menjadilah saya orang miskin di ASiS

13. kawan-kawan yang mengenali saya,sudah pasti tahu,kasut siapa yang paling buruk di ASiS waktu itu!


2 comments: