1. dalam saat warga uitm kedah gembira dengan kehadiran masjidnya,jangan lah kita lupa kepada surau-surau yang lainnya
2. surau malinja,banyak aktiviti dijalankan dahulu.disebabkan operasi IMAN (Ikatan Mahasiswa Dinamis) telah berpindah ke PI,surau malinja agak sedikit lesu.moga sesuatu dapat dibuat oleh jawatankuasa perwakilan kolej
3. sebelum ada PI,di situlah aktivi utamanya,solat jumaat dijalankan dalam keadaan bersesak-sesak.
4. di situ juga,saya meneruskan aktiviti yang telah dipupuk dari sekolah lagi-iaitu solat berjemaah.ibadat terasa sangat mudah dijalankan,dengan berulang-alik dari bilik ke sana
5. di situ juga saya mendengar dengan asyik ceramah yang membolehkan satu kolej mendengarnya.paling saya suka adalah ceramah dan khutbah jumaat oleh ustaz basir.selamba tanpa memegang teks dan straight to the point.boleh insaf pelajar dibuatnya
6. di situ juga,saya rajin turun pada pukul 3 pagi untuk bertahajud.ada seekor kucing hitam yang selalu mengganggu saya solat dan mengaji.malah pernah sekali dia menggigit saya
7. di situ juga,saya mula mengaji secara berdikit-dikit,sehelai demi sehelai dari awal surah yang telah saya mula sejak part 4 lagi.saya rancang untuk khatam quran dan quran terjemahan selewat-lewatnya pada semester enam nanti
8. disitu lah saya memohon keampuanan allah sepanjang saya di uitm.di situ,saya memohon dikurnia kejayaan dalam matapelajaran.di situ,saya pernah mengadu kesusahan dalam belajar.di situ,saya memohon berkat dan rahmat.di situ,saya melakukan fardhu,tahajud,dhuha,taubat,hajat dan rawatib.di situ,saya kadang2 menelaah.dan disitu saya pernah memohon jodoh
9. masih ada yang sudi untuk melaungkan azan di situ.dan masih ada yang sudi untuk berjemaah
p/s: tengah hari tadi,ceramah pada waktu zuhur di PI,kedatangan semakin ramai.alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment