Thursday, October 10, 2013
Audit,Subsidi dan Ketirisan
Audit
1. tiap2 kali pembentangan audit negara, kita akan mendengar ketirisan yang berlaku pada jabatan2 kerajaan.
2. baru2 ini pembentangan laporan audit menjadi bahan mulut rakan2 di facebook dan lain2.
3. bagi yang mengetahui, sudah pasti maklum bahawa ketirisan yang dilapor oleh jabatan audit berlaku hampir tiap kali ia dibentangkan.
4. saya ambil maklum. sememangnya ketirisan yang selalu akan keluar dari tiap2 kali laporan audit dibentang.
5. cuma saya terfikir kalaulah arwah datuk salleh majid masih hidup, apakah yang akan disuarakannya?
6. penemuan saya dari buku tulisan arwah datuk salleh majid, lebih kurang rekod pada tahun 2010, arwah minta ketirisan yang berlaku disiasat dan orang yang bertanggungjawab didakwa dan diberi hukuman sewajarnya.
7. arwah serius mengatakan soal ketirisan ini. tapi kita tahu selalunya kerajaan tidak berbuat apa2.arwah nampak tegas dalam tulisannya.saya terfikir suara arwah akan jadi 'vokal' sekiranya beliau masih hidup.
Subsidi
8. bagi sebuah negara yang mengamalkan subsidi yang besar dan tender2 terbuka yang berleluasa, ketirisan pasti berlaku.
9. bagi yang mempelajari ekonomi, pasti tahu apa yg dipanngil sebagai 'deadweight loss'.
10. jika dalam kertas graf, harga yang ditentukan oleh kuantiti 'supply' dan kuantiti 'demand', titik temu dipanggil harga pasaran atau 'fair price'.
11. tapi subsidi menyebabkan tidak jadi 'fair price'. harga 'dipaksa' untuk dilantaikan pada harga yang lebih rendah dari 'fair price'.
12. lukisan garis subsidi ini akan menyebabkan ada 'deadweight loss'. 'deadweight loss' adalah kerugian yang tak tahu kemana menghilang.'deadweight loss' inilah selalunya dipanggil 'wasted resourse' disebakan oleh ketirisan, kebocoran dan lain2.
13. sama ada subsidi yg kecil atau besar tetap akan ada 'deadweight loss' ini. tak hairan sebagai sebuah negara yang mengamalkan subsidi besar-besaran akan ada ketirisan dan kebocoran. bolehkah dibendung? manusia adalah pelbagai dan tak semua adalah amanah.
14. negara2 maju macam UK dan Singapura kita tidak dengar sangat pasal ketirisan dan kebocoran kerana ini tidak amal subsidi besar2an dan tender terbuka berleluasa macam negara kita.
Sosialis
15. tapi banyak juga antara kita selalu juga membandingkan negara kita dengan UK ataupun Singapura. Kemajuan pendidikan, kebajikan dan lain2.
16. UK mengamalakan sosialis. adakah sosialis sama macam beri subsidi? tidak. UK hampir tidak ada subsidi. sosialis mengamalalkan 'welfare'.bantu orang yg berpendapatan rendah dengan elaun dan selainnya. ini mereka lakukan dengan cara mengenakan cukai yang tinggi.keadaan di Singapura adalah mirip dengan UK dan kebanyakan negara eropah lain.
17. dinegara kita bukan sahaja beri subsidi, tapi ada BR1M pulak.dengan cukai pendapatan yang rendah dan tidak ada GST,janganlah kita bertanya kenapa negara banyak mengeluarkan wang berbelanja.
18. namun kita maklum ada beberapa acara anjuran kerajaan yang tidak patut dan 'overdose'.tumpuan kita sekarang adalah subsidi dahulu.
Subsidi II
19. asal mula subsidi adalah untuk meningkatkan pengeluaran oleh 'producer' untuk keperluan dalam negara.dengan cara membantu 'producer' ini, pengeluaran dapat ditingkatkan dan harga dapat turun ke paras pengguna mampu beli pada masa sebenarnya lebih membantu 'producer' sebab ada 'safe revenue'.
20. peranan subsidi berubah sedikit demi sedikit.subsidi mula diguna untuk melindungi syarikat dalam negara yang tidak mampu bersaing sikit dengan negara pengeksport yang eksport barang dalam negara.dengan cara subsidi ia dapat bantu syarikat tempatan yang jual barang mereka dengan harga yang sedikit murah yang sekurang2nya tak mampu disaingi oleh negra2 pengeksport lain.
21. di negara kita subsidi dah jadi lain.ia diguna untuk pastikan harag keperluan sentiasa murah dan rakyat jadi 'happy'.
22. lebih parah barang keperluan negara sebahagian besar diimport dari luar negara.subsidi kita mengalir keluar.tapi untuk memastikan harga barang sentiasa murah, kerajaan terpaksa melakukannya.
Penutup
23. hutang negara dilapor meningkat naik.pepatah melayu kata 'besar periuk besar keraknya'.
24. negara menggunakan sebahagian besar wang royalti minyak untuk biaya jumlah subsidi yang besar.
25. negara memerlukan wang untuk operasi.nampak jelas kerajaan menanggung hampir kesemua nya keperluan sekeliling kita.kalau kita nak kerajaan kita jadi lebih telus dan tak banyak bocor, muungkin kita kena gesa kerajaan kena mencontohi kerajaan US, UK atau lain2.
26. negara kita bukan negara sosialis.
27. kalau begitu kehendak rakyat kita kenalah bersedia kerajaan melepaskan segala2nya.jadi harga barang jadi mahal sedikit.
28. tapi mahukah kita? tapi kalau kita tidak mahu kena bersedialah panas telinga dan mata bila baca dan dengar laporan audit.
29. namun kita harap orang yg bertanggungjawab akan diberi pengadilan sewajarnya.
30. nilai2 seperti amanah dan cekap mestilah diterapkan pada masyarakat kita kerana tiada ideologi ekonomi yang benar2 dan setepat2nya tulus dan murni.US pun mengalami hutang dan begitulah jua negara2 eropah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment