Tuesday, December 18, 2012

Arwah DSM

1. Tanggal 02-01-2012 tentulah hari yg mengejutkan dalam hidup saya.

2. satu negara dapat berita kepulangan arwah Datuk Salleh Majid. satu tokoh ekonomi melayu yg saya sgt segani.

3. saya tak kenal arwah pun. saya hanya kenal tulisannya. kolumnya dalam suratkabar utusan adalah saya ibarat macam cahaya.

4. membaca tulisannya terasa hidup dan seolah bersemuka dengan arwah.

5. saya tahu ramai yang tak kenal arwah. bagi orang melayu cari2lah maklumat tentang arwah dan ambillah teladan dan belajar.

6. setakat yg saya tahu arwah adalah presiden bursa kuala lumpur paling lama dan pada zamannya bursa kita nombor satu di asean.

7. lain dari itu saya dapat tahu dia juga pernah jadi dekan FPP. saya rasa masa2 akhir hidup dia pun jadi pensyarah di situ. sebab saya pernah bertembung dengan arwah di FPP dan saya kenal raut muka arwah. tapi segan hendak tegur dan bersalam. hari ini saya kesal sebab tak dapat berkenalan dengan arwah dan tak ambil peluang.


8. itu kali pertama dan terakhir saya bertembung dengan arwah. arwah berjalan tidak kuat dan terpaksa dipimpin tangan oleh seorang pelajar masuk ke kelas. saya pastikan itu adalah arwah di muka pintu kelas dan tertera dalam jadual kelas perkataan 'DSM'.

9. untuk kenang-kenangan saya beli buku kompilasi tulisan arwah DSM terbitan utusan bertajuk '101 Saranan Salleh'.

10. moga arwah DSM mendapat rahmat dari Allah taala. kita dan saya kehilangan seorang tokoh. 2 januari akan datang lagi dan cukuplah setahun saya 'merindui' arwah.

No comments: