Datuk,
1.Izinkan saya diberikan peluang sekecil ini untuk memberikan sedikit cebisan luahan rasa buat Datuk yang boleh jadi kita tidak pernah bersua muka namun nama Datuk adalah siulan anak-anak muda dan dewasa ini.
2. Datuk,bahawasanya saya amat dukacita dengan perkara yang berlaku akhir-akhir ini iaitu terutama yang berkaitan dengan perhimpunan Bersih yang diadakan di ibu kota Kuala Lumpur.
3. Dan bahawasanya janganlah Datuk menuduh yang bukan-bukan bahawa diri ini tidak lah mewakili pihak-pihak tertentu untuk mengutus surat ini.
4. Maka halnya,sememanglah banyak perkara yang diperselisihkan antara sahabat-sahabat Datuk dan pihak kerajaan parti pemerintah namun memberikan sokongan kepada suatu tindakan yang hanya secara jelas menunggang terbalikkan kesepaduan orang Melayu adalah sesuatu yang amat mendukacitakan.
5. Maka saya pasti suara Datuk adalah yang paling didengari oleh pengikut-pengikut parti Datuk dalam menjalankan suatu usaha yang membantu kearah kebaikan parti.
6. Namun Datuk, kejadian yang dilaksanakan Bersih hanya mengundang satu curiga disebalik tahap intelektual dan akhlak kita dalam menjalankan suatu amanah untuk memperlihatkan keadilan sesuatu.
7. Sangat sayang ada dikalangan kita sangat sukakan keganasan dan penghinaan yang dilemparkan sesama sendiri satu ummah yang berpegang kepada kalimah Laillah yang sama.
8. Malang sekali ada diantara kita mengalakkan suatu kesusahan dan keresahan dengan akhlak dan tindakan yang dijalankan pihak pemerintah sekadar untuk mewajarkan tindakan kita adalah suatu perumpamaan yang tidak kena dan berselisih.
9. Sudah pasti bila kita berhimpun akan mengahasilkan satu kekuatan yang maha luar biasa dan kita tidak takut kerana sesama telah ada satu kesatuan untuk bergerak bersama.
10. Tapi amat malang sekali apa yang berlaku adalah cerminan buat kita yang hanya duduk termanggu melihat satu tenaga yang amat hebat namun sayang yang berlaga-laga itu adalah sesama kita.
11. Sudah pasti ini satu muslihat yang bukan semata-mata ditujukan untuk melihat satu suasana pilihanraya yang bersih dan adil tetapi sekadar ingin memperlihat dan menunjuk-nunjuk satu kekuatan kepada semua orang.
12. Dan kepada siapakah kekuatan itu hendak ditunjukkan dan kepada siapakah kekuatan itu hendak dituju. Sungguh pengikut-pengikut Datuk hanyalah hidup dalam salah sangka belaka.
13. Yang menjadi mangsa adalah kesatuan kita orang-orang Melayu Islam yang berpegang pada satu saudara seagama.
14. Malangnya orang yang mengaku ditangan kanannya Quran dan ditangan kirinya al-Hadis adalah yang paling ramai menguasai jalan-jalan raya dan menimbulkan kecoh yang bukan sedikit tapi menjadi suatu kepada kebanggaan pula kepada pengikut-pengikut Datuk yang Muslimin dan Muslimah.
15. Dan dalam suatu masa mudahlah sangat kesatuan kita diperkosa dan dianiaya dengan suatu rasa yang sepatutnya melibatan suasana kasih sayang dan tawakal sabar yang pada hari ini tidak beerti kerana terikut-ikut dengan stail budaya Barat dan himpunan-himpunan yang menumbangkan banyak kerajaan timur tengah.
16. Tahniah Datuk atas usaha Datuk dan sahabat-sahabat Datuk dalam memartabatkan suatu usaha yang kenangannya takkan dilupa ditelan suatu zaman sejarah malah akan menjadi pencetus satu bahana yang lebih besar lagi.
17. Tahniah kerana terikut-ikut dengan akhlak orang lain untuk menghalalkan suatu usaha yang disifat murni dan akan membawa perubahan kepada negara.
18. Kalau Pak Kaduk nasibnya malang kerana ayamnya menang tapi ingatlah negerinya hilang dan suatu keringat yang maha payah dan berair mata pun tidak mampu menebus satu kehilangan yang amat beerti dan abadi.
19. Moga dengan perhimpunan itu akan memberikan suatu petunjuk hidayah kepada semua akan pentingnya sebuah penghidupan disulami rasa sabar dan tawakal kepadaNya seiring dunia yang berubah yang berombak ganas dirancang tangan-tangan yang rakus ingin melihat perpecahan suatu ummah.
20. Maka akan lahir jua suatu ideologisme baharu bahawa suatu rasa ketidakpuasan hati mesti diterjemahkan melalui himpunan beramai-ramai dan dari situ akan terbinalah suatu istana yang tersegam yang indah buat kita di syurga kelak.
Moga Allah menanamkan dalam hati kita ketenangan yang bukan sedikit.

No comments:
Post a Comment