Friday, November 26, 2010

Mengekalkan Gaya Senibina

1. rumah orang melayu dapat dikenal dengan kaki rumah,bertangga dan dibina dengan kayu,papan dan sedikit konkrit. paling ketara,adalah adanya kaki rumah

2. kaki rumah bermaksud tiang-tiang rumah dibina lebih tinggi.maknanya lantai rumah terangkat dan tidak kena muka tanah

3. ada yang dibina tinggi, dan ada juga rendah seselesa yang boleh

4. antara fungsi kaki rumah adalah untuk elak banjir selain keranan fungsi2 yang lain

5. saya berharap gaya pembinaan begini dapat dibina pada rumah2 baru di taman2

6. sungguh,saya berasa kurang senang dengan pembinaan rumah2 baru yang walaupun moden, tapi melenyapkan perlahan2 pengaruh warisan melayu dalam senibina rumah

7. disaat gaya senibina begini hampir hilang, rumah2 lama kayu sebegini masih cantik di mata dan dekat di hati

8. siapa lagi yang akan memulakan usaha begini jika tidak usahawan kontraktor melayu dan seumpama. membina rumah2 teres moden-berbatu dan berkonkrit-tapi senibina kaki rumah dikekalkan

9. malah kontraktor mampu meberi sentuhan pada tangga rumah dan aliran keluar masuk udara yang lebih efisien

10. rumah melayu adalah lebih dari sekadar rumah papan. jika sudah tidak mahu guna papan lagi kenapa mesti dihapuskan gaya pembinaan sebegini?

1 comment:

Unknown said...

save bajet maa..bkn kata tangga takda..kadang2 bancuhan simen pun tak cukup..hehe