Monday, September 6, 2010

Kepimpinan Islam

1. Dua tiga hari ini, saya seakan geli hati dengan sekilas pandangan saya.Walau datang secara sekilas pandang dan segera,nampak seolah ada benar nya dan kadang kala menakut kan

2. Di negara kita sejak sekelian lama, kefahaman kepimpinan islam seolah-olah jadi akar masalah. Akar masalah ini menyerang mentaliti dan emosi

3. Saya tak berniat menjentik sesiapa, tapi secara jujur, sememang ada kelompok secara tak sedar menjentik agama nya sendiri, mentaliti umat dan negara

4. Boleh jadi orang tak mempertikai kan hasrat kita, tapi orang mempertikai kan cara kita

5. Sememang nya kita dalam sebuah zaman, di mana zaman ulama pun berebut-rebut untuk berkuasa dalam negara

6. Dan secara kebetulan, fikir kita berada dalam kepimpinan islam sekira nya orang yang memimpin itu orang yang berstatus ulama-orang islam yang mempunyai latar agama yang tinggi

7. Dan secara kebetulan lagi, fikir kita kempimpinan bermaksud mesti memegang sesuatu kuasa

8. Ia nampak buruk apabila ulama pun mahukan kuasa, boleh jadi saya yang tersilap ataupun salah faham

9. Yang lebih parah,orang yang berada di bawah2. Melihat bukan saja pemimpin nya dilihat seorang ketua, malah ulama berpengaruh. Mendengar ucapan nya dianggap ibadat dan buat kesimpulan inilah kepimpinan islam

10. Akhir nya untuk memenuhi kenginan untuk memerintah,label islam diguna.Ia lebih mudah.Seakan slogan untuk menarik sokongan.

11. Sama ada ini kebetulan, orang mula berfikir kita belum memiliki kepimpinan islam selagi kepimpinan label islam belum berkuasa

12. Dan pemikiran kita mudah.Secara automatik,kita dalam satu kepimpinan islam apabila kelompok label islam menang mengalahkan kelompok yang tak guna label islam

13. Cuma, yang buat saya terfikir, kelompok tanpa label islam itu kadang2 lebih baik berbanding yang label islam. Mengkritik mereka ini lebih mudah.Malah mereka menerima nya dengan terbuka dan tanpa emosi. Tapi yang label islam ini seolah-olah tidak boleh dikritik. Bila dikritik nanti dikatanya menentang ulama.Ulama pewaris nabi.Makna,anda menentang nabi

14. Bila kepimpinan bermaksud memegang kuasa, tidak apa yang perlu dibuat lagi apabila kerusi pemimpin diisi orang ulama.Perkara ini tak salah,tapi yang salah adalah mentaliti dan kefahaman

15. Kepimpinan tak semesti nya di atas kerusi. Tapi kepimpinan ada di atas tauladan tanpa kerusi

16. Kita berkata negeri kita sudah islam tetapi negeri kita yang paling kotor dan tinggi penagihan dadah

17. Akhirnya kita buat pembahagian yang keterlaluan. Orang2 yang berkebolehan dalam bidang lain kita tolak
tepi semata2 dia tak berkelulusan agama

18. Tapi kita jangan lupa, boleh jadi orang yang pandai agama tapi tak berserban. Dia tak berjanggut,tapi boleh jadi lebih faham kehendak agama dan kehendak umat berbanding kita

19. Ulama2 yang berebut kuasa ini akhirnya guna kan ayat suci untuk menjentik saudara sesama sendiri. Yang teruk nya, dia bukan lah pihak ketiga sebalik nya bersaing sekali untuk mendapat kan tempat

20. Akhir zaman oh akhir zaman..

No comments: