1. saya masih ingat waktu itu. malam.dan dalam hutan.
2. sedang saya berjalan untuk kembali ke kawasan kompeni, saya dipanggil.saya tahu suara itu. suara cikgu mat. entah macam mana cikgu mat nampak saya dalam gelap macam tu, saya pun tak tahu.
3. saya sahut seruan itu dengan menghampiri cikgu mat. saya duduk. dan seperti sepasang sahabat lama, kami bercerita panjang.
4. cikgu mat memulakan topik dengan mengucapkan tahniah atas kemenangan kumpulan saya dalam debat. saya tak ingat sangat apa topik lain yang kami bincang malam tu. tapi ada satu topik yang saya rasa macam tema sembang kami malam tu.
5. malam tu saya lebih banyak mendengar. cikgu mat bercerita. saya betul2 rapat dengan cikgu mat. kami macam kawan yang boleh gelak ketawa dan bermesra.
6. rupanya pada malam itu, adalah cukup seminggu cikgu mat meninggalkan anaknya. anaknya yang baru lahir.
7. cikgu mat menceritakan kepayahan isterinya melahirkan anak. itu anak pertama cikgu mat. dan kali pertama bininya bersalin
8. sambil bercerita, saya dapat dengar sedu cikgu mat. saya tahu, cikgu mat menangis. terpaksa tinggalkan isteri dan anak pertama kerana tugas. tambah cikgu mat sedih, kepayahan isterinya melahirkan anak. cikgu mat ceritakan saya satu-persatu. sampai saya sendiri dapat rasa peritnya.
9. kerana sakit bininya nak bersalin, cikgu mat menangis sambil bercerita. ‘kita laki ni tau seronok ja’, kata cikgu mat.
10. sebelum mula cerita bab tema malam tu, cikgu mat tanya saya, apa kesakitan yang paling saya tak boleh lupa. cikgu mat terus jawab sebelum saya. ‘mesti sunat kan’
11. kemudian kami seluruh skuad dipanggil untuk roll call. saya cepat2 pulang ke kawasan kompeni sambil kawan2 skuad sedang mencari saya. kata mereka saya hilang. saya senyum dan geleng kepala. kecut perut pun ada takut nanti2 saya kena maki. sudahlah pinggang kiri saya lebam2 digigit semut hutan
12. malam tu seluruh skuad dipanggil. kami kena marah dengan jurulatih2. kata mereka ada antara kami pergi skodeng pelatih2 perempuan. malam tu, pedih telinga dibuatnya. sambil mata kelam2. mengantuk. entah betul entah tidak boleh skodeng dalam gelap2 begitu..
5 comments:
best cerita...hehe
ni time bila ni??
masa ang pkbm darat dulu ke?
di, aku ada blog best yang ko patut baca..banyak pendedahan kat sini..sekadar cadangan untuk renungan kita bersama.
http://kumanddieaf.blogspot.com/
time plkn..hmm,da tgk dah blog tu,tq matpek..
Post a Comment