Friday, November 13, 2009

Coret



1. kurang seminggu yg lepas,saya diserang demam selepas kertas org behavior.bukanlah sebab kertas org behavior yg buat saya demam,tapi kerana cuaca dan hujan

2. demam membuatkan saya sakit2 badan,loya tekak,panas dan cirit.malang sedikit,saya kena ambil 3 kertas peperiksaan dalam diri yg masih sakit.tapi kena tahan juga la

3. saya rasa dah sihat sedikit.dunia pon bagi saya sudah pulih dan sihat.tinggal lagi satu paper untuk musim ke lima ini dalam tempo pengajian saya

4. saya mohon kebaikan dari setiap lompang amalan sepanjang sem ini.silap dan salah moga terhapus di tangan tuhan

5. masih baru lagi,seorang sahabat mohon meminjam wang.dah nak habis sem ini,sebenarnya duit memang saya 'save' sedikit untuk beli buku dan bacaan sepanjang cuti.tapi saya rasa kasihan,saya beri jugalah walaupun saya dah beri sejumlah duit semasa awal sem dulu padanya.lagipon dia mengaji di maktab perguruan yang tempoh cuti sama dengan pelajar sekolah,jadi masih panjang lagi untuk bercuti.saya dah nak habis.jadi saya bagi sedikit

6. kalau ditanya bagaimana rasa untuk sem ni,saya sangat berpuas hati.lagipon,saya tak pernah lagi meletakkan nilai kejayaan itu pada keputusan peperiksaan pada tangga pertama tapi nilai kejayaan itu dalam tempoh 15 minggu saya belajar di universiti di tempat teratas.saya fikir saya dah baiki dengan sangat banyak daripada pengalaman2 dulu.dan itu lah matlamat saya pun!

7. oh sudah hampir 5 bulan umur saya 20 tahun.tapi saya masih merancang lagi untuk tempoh lima tahun akan datang.saya nak tambah banyak ilmu dan cari banyak pengalaman.kadang2 saya rasa sayu juga mengenangkan masa yang telah pergi dan saya rasa semua orang pon ada rasa begitu

8. saya nak sentuh sedikit hubungan dengan kawan2.saya tak rasa lah saya telah melayan baik semua orang tapi saya juga tak rasa saya telah melayan teruk kawan2 sekeliling.cuma kadang2 saya rasa kecewa dengan 'consideration' yang diterima.saya tahulah tak perlu lah kita harap budi dibalas.tapi kalau rupanya kita dilayan hanya sebagai tempat untuk meminta tolong tanpa sebenarnya dilayan sebagai seorang kawan,ia adalah 'rubbish'.dan buat apa saya nak buat baik dengan 'rubbish'

9. saya fikir ini mungkin disebabkan di sekelilingnya sudah mencukupi atau lebih dan merasakan ia takkan kurang lagi.orang yang semacam ni akan hilang rasa dan perasaan untuk orang lain.kadang2 saya tepuk dahi memikirkan 'boleh pula dia baik dengan orang lain'.tapi kali ini saya pilih untuk diam daripada naik darah

10. gudluck for the next eco and gudluck for the friendship!


No comments: