1. Hai, hari selalu hujan. Lalu membawa saya ke kenangan lama semasa program latihan khidmat negara di Sintok.
2. Di Sintok, harinya panas membakar. Malah, kami para peserta, kadangkala disuruh cikgu-cikgu untuk membawa air semasa menjalani latihan di panas terik.
3. Program itu tahun 2007. Tahun dimana diramal el-nino akan berlaku. El-nino adalah nama bagi satu musim kemarau yang sangat hebat. Kali terakhir berlaku 97-98.
4. Kesannya hangat terasa. Sering saja ada pelatih-pelatih yang demam. Pegawai perubatan dan cikgu-cikgu di callcenter tak menang tangan melayan peserta yang sakit. Rumput-rumput pula kering dan daun sayu melihatnya. Tanah nampak sepi dengan rumput-rumput yang segan bertumbuh. Hanya tanah yang memenuhi ruang-ruang kosong apabila ada rumput merasakan bertumbuh tidak perlu.
5. Sintok, yang terletak nun di hujung utara peta malaysia, berdekatan dengan thailand, sebenarnya memendamkan banyak sejarah. Pada umumnya, ia adalah kawasan komunis yang amat digeruni pasukan keselamatan kita. Malah kesan sejarahnya dapat dilihat. Jikalau berkesempatan ke sintok,uum, pergilah pusing ke padang kawad palapes yang luas itu. Disitu, terletak sebuah tugu keris, dilingkungi empat tonggak berbucu, sebenarnya ia adalah peringatan tentang suatu peristiwa tragik di sintok - pertempuran antara pasukan keselamatan dan komunis. Nama-nama pahlawan negara tercatat di situ. Bezanya, ia tidak semahsyur tragedi bukit kepong walaupun ada yang membayangkan peristiwa itu jauh sama hebatnya dengan bukit kepong.
6. Kini, di badan sintok terletaknya universiti utara malaysia. universiti itu ditubuh atas inisiatif tun mahathir. Ini juga satu cerita yang menarik. Ada yang mencemuh idea itu, mana mungkin ada orang yang ingin ke hujung utara semata-mata untuk belajar. Malah, ia sesuatu yang pelik membina universiti dalam kawasan hutan yang padat.
7. Namun jawapan tun sangat jelas. Katanya, selepas 1989, dan apabila pasukan keselamatan berundur, rakyat fikir kita menyerahkan sintok kepada komunis. Pembinaan uum telah menangkis tanggapan orang ramai dan secara simbolik mengembalikan sintok kepada kerajaan malaysia. Kini uum adalah universiti pilihan ramai.
8. Sintok tenang mekar bersama-sama panas teriknya. Buminya yang panas, kadangkala ditampar hujan juga. Nun jauh disini, selepas plkn, saya masih teringat-ingat kenangan indah di sana.
9. Dan hujan terus turun mengheret saya ke kenangan lama.
No comments:
Post a Comment