Tuesday, September 8, 2009

Semangat Kebangsaan



1. sebagai seorang islam, aku beriktikad bahawa Allah taala telah menakdirkan sebuah bangsa bernama melayu

2. bangsa dan agama adalah dua benda yang berbeza

3. bangsa adalah ummah tetapi islam adalah pegangan

4. pun begitu kita tak boleh menolak bahawa bangsa ada adatnya,gaya hidupnya

5. maka apa erti islam dalam seorang melayu?

6. seorang melayu itu adalah melayu apabila islam adalah pegangannya

7. tahu dan faham berbahasa melayu, dan mengamalkan adat dan cara hidup orang melayu

8. adat dan cara hidup orang melayu tidak pernah menyalahi islam.kalau ada pun, ia telah dan akan ditegur para ulama dan disingkirkan secara sedikit demi sedikit

9. apa perlunya semangat kebangsaan?

10. namun sebelum itu apa itu semangat kebangsaan?

11. selepas kesultanan melaka tumbang, orang melayu dijajah ratusan tahun

12. namun ada gerakan-gerakan menuntut supaya umat bangun menentang

13. bagaimana dan dari mana ini timbul? kalau kita perhatikan gerakan-gerakan ini datang daripada ulama2 seperti haji muhammad abduh,dr burhanuddin al-helmy, dan haji al-hadi dan ramai lagi tokoh2

14. namun ada juga dari kalangan non-ulama seperti aminuddin baki,ibrahim yaakob dan samad ismail.mereka ini jangan lah kita panggil sekular pula

15. kalau kita perhati lagi,sebelum merdeka kita punya ramai ulama.sangat ramai.tetapi rupanya tahu agama belum cukup untuk memerdekakan negara

16. pada masa inilah semangat kebangsaan memainkan peranan

17. tanpa semangat kebangsaan mana mungkin kita merdeka.mana mungkin kita mahu merdeka.tanpa semanagat kebangsaan,mana mungkin para ulama mahukan tanah melayu merdeka

18. lihatlah semangat kebangsaan dari segi roh-nya.aku tak mahu desak sesiapapun setuju denagn pandangan ini

19. semangat kebangsaan takkan hidup tanpa islam.kebangsaan.bangsa.melayu.dan melayu itu mesti,mesti islam

20. janganlah kita samakan semangat kebangsaan orang melayu sama macam yahudi

21. kita sayangkan bangsa bukan bermakna kita menolak agama. mana mungkin!

22. kita mesti mengucapkan terima kasih dan beryukur atas kurniaan Allah yang telah memberi islam sebagai agama untuk orang melayu

23. semanagt sayangkan bangsa aku ibaratkan seperti sayangkan keluarga.ini keluarga kita,orang melayu. aku tak ingin tengok ahli keluarga ku miskin,kurang ilmu pengetahuan dan sebagainya

24. kerana sayangkan keluarga, kita sanggup menyediakan sekolah,universiti,peruntukan itu dan ini

25. apakah ini bercanggah dengan islam? nauzibillah!


No comments: