Sunday, August 30, 2009

Pusat Islam



1. aku rajin ke pusat islam (PI) untuk menunaikan fardu zohor.ni disebabkan aku takdak kenderaan nak ulang alik.aku akan naik bas pagi pukul 8,sampai lah ke petang.waktu balik aku tumpang Syahir

2. di bulan puasa ni,ada tazkirah sebelum waktu zuhur.uztaz-uztaz ctu adalah jemaah tetap kat PI.nampak riak kesungguhan kat wajah mereka walaupun kariah tak berapa ramai.dalam lingkungan 10 campur uztaz-uztaz dan beberapa kerat pelajar

3. tapi mereka nampak gembira dan bersemangat sekali.zuhur tadi adalah tazkirah tentang membeli dapat 10 percuma.sebelum2 tu kisah pasal anjing dan setan

4. setakat ni,aku hanya dapat buat sekali dapat buat terawih di PI,malam pertama puasa.disebabkan takdak kenderaan,aku hanya dapat buat di rumah

5. PI baru-baru ni dirasmikan Ibrahim Shah (VC).hari dimana aku dikunjungi seorang sahabat sekolah lama dari KL yang akan menyambung pengajian ke Newcastle

6. ada cakap-cakap kami diangkut ke taman universiti kerana kedatangan VC.cakap-cakap bertambah riuh yang mengatakan VC akan melawat Malinja dan taman universiti.jadi Hajah Halina takut diluku kepala oleh datuk VC sebab satu bilik 6 orang

7. tapi semuanya itu cakap-cakap.akhirnya aku dapat tahu daripada puan pengarah semasa majlis bacaan yaasin di taman universiti.pihak universiti terpaksa memindahkan lebih awal dari jadual disebabkan suasana H1N1.jadi ini untuk mengelakkan suasana sendat di kolej

8. cakap-cakap menjadikan kita,umat islam merosakkan islam itu sendiri.kita dapat tengok dalam suasana politik negara.negara maju seperti amerika,calon-calonnya tidak sedikit pun menyentuh soal peribadi lawan.kira kafir lebih baik dari islam (?)

9. dalam soal imej islam,aku bersifat pesimitik.apakah zaman untuk islam sudah berakhir.dan apakah ini penamat segala

10. islam tidak salah.yang salah adalah perbuatan dan sikap.disebabkan islam 'tak boleh duduk sorang-sorang dia',nasib islam lah yang menumpang dalam diri penagih dadah dan pelaku sumbang mahram

11. zaman bagi islam menampakkan ia tiada daya lagi.mungkin kita memerlukan pemutusan dari allah atas segala salah faham seperti yang tersebut dalam quran

12. pusat islam terus tenang dengan suasana nya.seperti juga aku yang tenang bile berada di sana.dalam doaku..


"semoga gelombang ini akan tamat secepat mungkin!"

13. bisakah?



No comments: