Thursday, August 20, 2009

Kalau tiap-tiap sem kena marah...nak apa lagi?!

1. terima kasih kerana kesediaan membaca

2. sudah lima sem aku di sini,ada perkara aku rasa aku kena cakap

3. ada sesetengah kita berhati batu. kita kena sedar,yang kita sedang menuntut ilmu

4. tapi kita tak bertindak macam tu,kita bertindak untuk 'makan' pensyarah

5. pensyarah yang yang buat tak tahu kita datang kelas lewat,sebagai memahami dan hebat

6. dia akan disanjung dan akan disebut-sebut dan dipuji-puji sebagai pensyarah terbaik

7. apakah kita memahami apakah pensyarah yang baik

8. pensyarah yang baik adalah pensyarah yang bersemangat memberikan komitmen

9. walaupun mungkin ada pensyarah yang 'lec' nya kita tak faham dan bahasa inggerisnya berterabur

10. nilailah pensyarah dari kesungguhannya. bukan daripada keterbukaan mereka untuk menerima kita sebagai insan malas dan 'baloq'

11. ada antara kita suka melawak. ia baik untuk suasana yang 'stress' dalam kelas. tapi melawak sehingga tumpuan kelas terganggu, ia bukan lawak lagi,ia kurang ajar

12. kalau kita belajar 'main-main',akan ada orang yang tidak akan menghormati kita lagi - terutama pensyarah2 yang besar jasanya kepada kita

1 comment:

affiq said...

ni ke rusydi yg aku knal..maju r ko skrg..tahniah2..a good step bro..