1. beliau dilahirkan dalam keluarga sederhana,ayahnya pegawai kerajaan dan ibunya sekadar seorang suri rumah
2. mula dihantar ke sebuah pendidikan rendah kendalian ABIM, beliau menyambung pelajaran disebuah sekolah rendah di daerahnya
3. selama 6 tahun, beliau belajar erti menjadi seorang pelajar yang bebal. sangat liat bangun pagi,berpakaian biasa-biasa dan bersongkok. beliau ke sekolah tanpa diberitahu jalur matlamat dan desakan. tapi dari situlah beliau belajar tulis baca. hidup di sekolah itu hanya membenihkan rasa-rasa sedih dan pilu kepada beliau. beliau ditakdir begitu
4. selepas tamat persekolahan bebal, beliau ditakdirkan mendapat ala-ala kadar dalam peperiksaan. beliau menyambung pelajaran menengah rendah ke sekolah kedua terbaik di daerahnya. di situ, cahaya terang benderang. kegembiraan mula terpancar. rasa teruja tentang pelajaran membuak-buak walaupun pada permulaan kisah hidupnya disitu seolah-olah beliau akan mengulang kisah 'bebal' nya
5. kejayaan dalam peperiksaan tercipta sejenak. beliau ditawar belajar di sebuah sekolah di kota. beliau tahu,beliau akan kandas,tetapi mengenangkan kesungguhan seorang yang ada pertalian kuat dengan beliau,beliau meneruskannya dengan berat hati. namun beliau juga mengakui bahawa itulah antara sekolah idamannya
6. disitu beliau belajar tentang masa,kawan,rasa terancam,lemas dengan peraturan dan undang2,renyah dan serabut. tidak terdetik sedikit pun rasa cemburu kepada kawan2 yang lain yang dilihatnya macam 'belajar macam air mengalir di sebatang sungai'
7. kali itu beliau bertindak bagai seorang bebal lagi. bebal dan lama kelamaan lali dengan suasana sekeliling
8. peperiksaan akhir merungkai segala makna. gembira kerana mencapai takat minimum. dan sebak kerana mula harus menentukan arah tuju
9. kini beliau di sebuah daerah lain. menuntut mencari sebuah makna erti diri. bahawa dalam menjejak di mana satu yang terbaik, banyak perkara perlu ditolak diketepi ditambah ditokok
10. dan sekarang beliau sedang memikirkan untuk menyiapkan beberapa assignment dan sekepul duit yang menjadikan beliau kembali BEBAL!
No comments:
Post a Comment