1. aku mula belajar mengaji masa umur 6 tahun
2. bila naik sekolah rendah, belajar lebih lagi dalam tajwid di sekolah ugama rakyat
pada waktu petang
3. waktu malam, belajar lagi dengan seorang ustazah. setiap hari kecuali cuti
4. lepas khatam, bacaan quran terhenti sekejap. jadi masa menengah rendah,
jarang2 buka quran
5. masa di menengah tinggi, kami satu sekolah diwajibkan baca quran setiap
pagi lepas suboh berjemaah sebelum sarapan
6. amalan itu bukan suka2, tapi peraturan sekolah
7. kami baca setiap hari walau waktu cuti
8. maka, baca quran di sekolah itu dah jadi budaya. boleh dikata, tiap lepas solat
setiap waktu, dekat separuh pelajar baca akan quran
9. al-quran hanyalah lembar2 kertas yang mengandungi huruf2 arab yg tersusun.
tapi daya "serapannya" sangat kuat
10. ni disebabkan quran diturun sebagai bukti adanya tuhan
11. sebahagian orientalis dan materialis menolak ketuhanan kerana mereka fikir,
benda (atom/jirim/zarah) tidak dicipta. tapi dah ada sejak azali dan akan wujud
sampai bila2
12. ini sangat bertentangan dengan quran yang mengatakan tuhan mencipta
sesuatu daripada tiada kepada ada dan akan kembali ditiadakan
13. kuasa tuhan sangat susah digambarkan
14. malah sangat banyak ayat quran yang mungkin bingung untuk difikir.
seperti "tuhan ada di mana-mana" dan "aku lebih dekat dari urat leher kamu". tapi ini
topik yang sangat aku suka. ada masa aku kan cuba tulis pasal ketuhanan.
insyaallah
15. kembali pada amalan baca quran, lepas tamat sekolah, aku masih teruskan
amalan itu. dan aku pecaya, sebahagian besar bekas pelajar masih buat benda
yang sama
16. aku pun dah beberapa kali kahatam terjemahan quran. dan amalan baca
terjemahan masih "teruja"
17. satu terjemahan quran yang cantik ada dalam simpanan dan dah jadi
barang kesayangan aku
No comments:
Post a Comment